Pencalonan dan kempen Pilihan_raya_kecil_Jepak_2023

Pada 20 September, Presiden Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) telah berkata bahawa parti itu mungkin mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil, namun kemudian pada 23 September menjelaskan kenyataannya, dan mencadangkan pembangkang bersatu untuk menghadapi GPS. Sementara itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak telah berkata bahawa partinya masih belum membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya, dan pada 25 September mengumumkan mereka tidak bertanding dalam PRK sebagai tanda solidariti kepada GPS, yang sedang salah satu rakan kongsi dalam Pakatan Harapan-Barisan Nasional memimpin kerajaan persekutuan. Pada 9 Oktober, PKR secara sah tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Jepak.[4]

Pada 21 September, Abang Johari Openg, Premier Sarawak selaku Presiden GPS dan PBB telah menyatakan bahawa mereka akan mempertahankan kerusi itu, namun masih belum lagi memutuskan calon.

Pada 28 September, Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) mengumumkan melalui presiden bahawa parti itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Pada 9 Oktober, Parti Bumi Kenyalang Sarawak (PBK) mempertaruhkan bekas anggota polis Stevenson Joseph Sumbang, sekali lagi sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil Jepak.[5]

Hari penamaan calon diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 21 Oktober 2023.[6]